Bank pusat China mungkin membelanjakan AS$90 bilion

Bank pusat China mungkin membelanjakan AS$90 bilion

WASHINGTON, 10 Feb – Bank pusat China berkemungkinan membelanjakan kira-kira AS$90 bilion daripada rizabnya sebagai campur tangan matawangnya, menyebabkan kepada aliran keluar modal bersih kira-kira AS$113 bilion dari negara itu pada bulan Januari. Institut Kewangan Antarabangsa (IIF) menyatakan jangkaan itu adalah termasuk aliran tanpa rekod yang dikenal pasti berikutan kesilapan dan pengecualian, berdasarkan kepada data rizab rasmi dan menandakan aliran keluar modal bagi bukan ke-22 berturut-turut.

Kumpulan industri berpangkalan di Washington itu menyatakan campur tangan rizab rasmi China pada Januari adalah lebih kecil berbanding AS$102 bilion yang dianggarkan bagi Disember.

Namun, ia memberi amaran bahawa jangkaan hanya anggaran dan ia boleh berubah dengan banyak sebaik data pembayaran penuh dikeluarkan, kebiasaannya tiga bulan selepas berakhirnya setiap suku tahun.

Baru-baru ini, IIF yang mengeluarkan data Pentadbiran Tukaran Asing (SAFE) bagi empat suku tahun menyatakan ia kini meramalkan jumlah aliran modal bersih keluar untuk China bagi tahun 2015 berjumlah AS$463 bilion atau AS$637 bilion termasuk kesilapan dan pengecualian.

Kelembapan pertumbuhan dan sektor pembuatan China pada tahun lalu telah menjejaskan sentimen pelabur terhadap ekonomi kedua terbesar di dunia itu, menyebabkan turun naik dalam aliran modal, meletakkan tekanan terhadap mata wang yuan dan memaksa bank pusat campur tangan dalam pasaran mata wang.

Menurut IIF, perubahan arah aliran masuk modal bukan pemastautin didorong terutama oleh pembayaran balik hutang dolar oleh syarikat Cina juga telah digabungkan dengan meningkatnya aliran keluar modal daripada penduduk.

Bagaimanapun minggu lalu, SAFE menyatakan rizab pertukaran asing China kekal banyak dan risiko daripada pergerakan modal rentas sempadan adalah terkawal.

Menurutnya, rizab pertukaran asing China jatuh AS$512.66 bilion pada tahun 2015, penurunan tahunan terbesar yang juga adalah rekod, kepada AS$3.33 trilion, manakala China mempunyai hutang jangka pendek luar negara AS$1.02 trilion pada akhir September.

Menurut SAFE, kejatuhan dalam rizab pertukaran asing pada 2015 sebanyak AS$342.3 bilion adalah disebabkan oleh transaksi perdagangan dan pelaburan, manakala AS$170.3 bilion disebabkan oleh mata wang dan perubahan harga aset. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA