Bank Pusat China terus kurang tekanan kecairan

Bank Pusat China terus kurang tekanan kecairan

BEIJING, 11 Mac (Bernama) – Bank Pusat China terus mengepam wang ke dalam sistem kewangan melalui operasi pasaran terbuka, lapor Agensi Berita Xinhua hari ini.

Bank Rakyat China menjalankan perjanjian pembelian semula terbalik (repo) 20 bilion yuan (AS$3 bilion), di mana bank pusat membeli sekuriti daripada bank dengan perjanjian untuk menjualnya semula pada masa depan.

Repo terbalik tujuh hari itu diletakkan harga untuk menghasilkan 2.25 peratus.

Langkah itu berikutan repo terbalik tujuh hari 20 bilion yuan pada Khamis, 15 bilion yuan pada Rabu dan 30 bilion yuan pada Selasa, lapor Xinhua.

Pasaran antara bank pada Jumaat, penanda aras semalaman Kadar Tawaran Antara Bank Shanghai, yang menilai kos di mana bank China memberi pinjaman kepada bank lain, jatuh 20 mata asas kepada 1.945 peratus, katanya.