Bank pusat gantung operasi pasaran terbuka

BEIJING, 12 Feb – Bank pusat China menggantung operasi pasaran terbuka untuk hari kerja ke-14 hari ini untuk mengekal kecairan yang stabil dalam sistem perbankan.

Kecairan dalam sistem perbankan adalah pada tahap “sederhana,” menurut Bank Rakyat China (PBOC) dalam laman webnya.

Bank pusat telah menyuntik hampir 2 trilion yuan dalam pasaran mata wang menerusi Pengaturan Rizab Kontinjen untuk memenuhi permintaan tunai yang meningkat sebelum cuti Perayaan Musim Bunga.

Ia juga membenarkan 450 bilion yuan dengan mengurangkan keperluan rizab deposit untuk kewangan, 398 bilion yuan menerusi kemudahan pinjaman jangka sederhana dan 126 bilion yuan menerusi pinjaman tambahan.

Kadar Tawaran Antara Bank Shanghai (Shibor), yang mengukur kos yang dipinjam oleh bank, merosot 2.3 mata asas kepada 2.6 peratus hari ini.

Bank pusat telah semakin bergantung pada operasi pasaran terbuka untuk pengurusan kecairan, dan bukannya memotong kadar faedah atau nisbah keperluan rizab, memastikan turun naik wang tunai tidak melebihi jangkaan. – Xinhua