Bank pusat India kurangkan kadar faedah

Bank pusat India kurangkan kadar faedah

MUMBAI, 29 Sept (AFP) – Bank pusat India memotong kadar faedah hari ini dalam usaha untuk memulakan pertumbuhan ekonomi, ekoran kemerosotan mendadak dalam inflasi.

Tindakan sedemikian adalah bertujuan mengurangkan sekatan ke atas pinjaman dan pelaburan, memberikan satu rangsangan kepada pengguna dan ekonomi.

Bank Simpanan India (RBI) mengejutkan penganalisis dengan mengurangkan kadar repo – tahap yang dipinjamnya kepada bank komersial – kepada 6.75 peratus daripada 7.25 peratus berkuat kuasa sekarang.

Pakar ekonomi telah menjangkakan pemotongan sebanyak 25 mata asas dan pengurangan 50 mata asas adalah pati untuk memuaskan kerajaan Perdana Menteri Narendra Modi.

Namun kadar repo masih jauh lebih tinggi berbanding ekonomi utama lain, dengan AS dan Jepun mencatat tahap rendah sebanyak sifar peratus.

Raghuram Rajan bercakap semasa sidang akhbar selepas pengumuman dasar monetari dua bulan sekali bagi tahun 2015-16 di ibu pejabat RBI, Mumbai. – AFP
Raghuram Rajan bercakap semasa sidang akhbar selepas pengumuman dasar monetari dua bulan sekali bagi tahun 2015-16 di ibu pejabat RBI, Mumbai. – AFP

“Di India, satu pemulihan ekonomi sementara sedang dilancarkan, namun masih jauh daripada memberangsangkan,” tulis gabenor RBI, Raghuram Rajan dalam ulasan dasar mata wang bank.

“Pelaburan mungkin bertindak balas lebih kukuh dan merangsang permintaan domestik jika wujudnya lebih kepastian mengenai sejauh mana perangsang mata wang akan dirancangkan, walaupun jika pelaksanaannya adalah perlahan.

“Dengan itu, Bank Simpanan mempunyai tindakan dasar dengan mengurangkan kadar dasar sebanyak 50 mata asas,” tambah beliau.

Pengumuman hari ini menandakan kali keempat tahun ini di mana RBI telah mengurang kadar, menambah kepada 125 jumlah mata asas di mana bank telah mengurangkan kadar pinjaman pada 2015.

ARTIKEL YANG SAMA