Bank pusat India potong kadar faedah 6.5%

Bank pusat India potong kadar faedah 6.5%

NEW DELHI, 5 April (AFP) – Bank pusat India hari ini memotong kadar faedah kepada tahap rendah lima tahun sebanyak 6.5 peratus memetik satu kemerosotan dalam inflasi, sejajar dengan jangkaan ahli ekonomi.

Bank Simpanan India (RBI) berkata ia akan mengurangkan kadar repo, jumlah yang dipinjam kepada bank komersial, sebanyak 25 mata asas merosot daripada 6.75 peratus.

“Inflasi runcit diukur oleh indeks harga pengguna (CPI) merosot mendadak pada Februari selepas meningkat selama enam bulan berturut-turut,” kata gabernor RBI Raghuram Rajan dalam satu kenyataan ekoran mesyuarat dasar pertama tahun fiscal 2016-17 RBI.

Dalam tinjauan Bloomberg News ke atas 42 ahli ekonomi, 36 menjangka pemotongan sebanyak 25 mata asas, sementara empat telah menjangka pemotongan sebanyak 50 mata asas dan dua meramalkan tidak ada perubahan. Inflasi harga pengguna India berkurangan kepada 5.2 peratus pada februari dan masih sejajar dengan sasaran RBI dalam beberapa bulan ini.

Raghuram Rajan bercakap semasa sidang akhbar di ibu pejabat RBI di Mumbai kelmarin. – AFP
Raghuram Rajan bercakap semasa sidang akhbar di ibu pejabat RBI di Mumbai kelmarin. – AFP

Pada Februari, Menteri Kewangan Arun Jaitley mengumumkan kerajaan akan berpegang kepada sasaran untuk mengurang defisit fiskal kepada 3.5 peratus daripada KDNK pada 2016-2017.

Dua faktor berkenaan telah memberikan ruang kepada gabernor bank Rajan, di mana dasar utamanya adalah mengawal inflasi, melonggarkan dasar mata wang dengan memotong kadar faedah.

Pada 2015, Rajan memotong 125 mata asas daripada kadar pinjaman dalam empat pemotongan berasingan. Bank kali terakhir memotong kadar pada 29 September dengan pemotongan sebanyak 50 mata asas.