Bank Qatar beli anak syarikat Finansbank

Bank Qatar beli anak syarikat Finansbank

DOHA, 22 Dis (AFP) – Bank Nasional Qatar (QNB) mengatakan hari ini ia bersetuju untuk membeli anak syarikat Bank Nasional Greece (NBG) di Turki sekitar AS$2.95 bilion (2.7 bilion euro), menggambarkan pengambilalihan itu sebagai perjanjian ‘bersejarah’.

Di bawah syarat-syarat jualan prospektif, QNB akan membeli keseluruhan saham sebanyak 99.8 peratus NBG dalam Finansbank.

Perjanjian itu tertakluk pada persetujuan pengawal atur.

“Transaksi itu adalah sejarah signifikan dalam visi QNB untuk menjadikan ikon Timur Tengah dan Afrika menjelang 2017 dan bank global utama pada 2030,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan QNB, Ali Ahmed Al-Kuwari dalam satu kenyataan.

QNB mengatakan ia mungkin akan membeli Finansbank, bank milik persendirian kelima terbesar dalam pasaran Turki, menerusi dananya dan akan kekal ‘mengukuhkan modalnya’.

Perjanjian itu mencerminkan hubungan rapat Turki yang semakin meningkat dengan Qatar.

Dalam satu kenyataan, QNB mengatakan perdagangan bersama Turki di seluruh Timur Tengah dan rantau Afrika Utara telah meningkat hampir 10 kali ganda dari 2000 kepada AS$52.2 bilion pada 2014.