Bank Rakyat umum dividen 13 peratus

Bank Rakyat umum dividen 13 peratus

KUALA LUMPUR, 22 Mac – Bank Rakyat, bank koperasi Islam terbesar di Malaysia, mengumumkan dividen tunai sebanyak 13 peratus, berjumlah RM385 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015 berbanding 15 peratus pada 2014.

Bank tersebut mencatatkan keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM2.01 bilion berbanding RM2.19 bilion dicatatkan pada 2014.

Semasa mengumumkan keputusan kewangan bank itu, Pengerusi Bank Rakyat Jeneral Tan Sri Datuk Seri Abdul Aziz Zainal berkata dividen tersebut diumumkan berdasarkan pengukuhan perolehan sebanyak RM6.43 bilion yang dicatatkan pada tahun lepas berbanding RM6.06 bilion yang diraih pada 2014.

Dividen tersebut akan dibayar kepada ahlinya mulai esok.

“Dividen yang diumumkan bagi 2015 lebih rendah berbanding 15 peratus pada tahun sebelumnya, tetapi 13 peratus dianggap tinggi dengan keadaan ekonomi semasa.

“Namun, kami akan berusaha untuk meningkatkan pulangan dividen antara 13-16 peratus pada masa depan,” kata Abdul Aziz kepada pemberita di sini hari ini. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA