Bank terbesar Australia disiasat

SYDNEY, 11 Ogos – Pengawal selia korporat Australia hari ini berkata, mereka akan menyiasat bank terbesar negara, Komanwel, berhubung pengendaliannya terhadap pencabulan pembersihan wang dan undang-undang pembiayaan keganasan.

Bank Komanwel Australia (CBA) telahpun menerima kritikan selepas ia dibawa ke mahkamah dalam satu kes sicil pada minggu lalu oleh agensi risikan kewangan AUSTRAC atas dakwaan “pencabulan peraturan yang serius dan sistemik” sebanyak lebih 53,000 kali.

Sekarang pengawal selia Suruhanjaya Keselamatan dan Pelaburan Australia (ASIC) berkata ia sedang menyiasat sama ada bank mematuhi kewajipan pendedahan dan sama ada pengarahnya menjalankan tugas di bawah Akta Korporasi.

“ASIC telah memulakan siasatan dalam kes ini dan sebarang kesan yang timbul daripada isu ini akan kami atasi dengan undang-undang,” beritahu pengerusi ASIC Greg Medcraft kepada mesyuarat jawatankuasa parlimen.

Sementara tidak merujuk secara khusus kepada CBA, syarikat terbesar Australia berdasarkan model pasaran, Medcraft menekankan kepentingan budaya pertubuhan dalam syarikat perkhidmatan kewangan.

“Jika pertubuhan tidak bertindak dalam cara yang betul, orang ramai akan memberitahu mereka, jika bukan tajuk berita utama, selalunya dengan kesan negatif ke atas jenama dan reputasi mereka,” kata beliau.

Gabernor Bank Simpanan Australia, Philip Lowe, mengingatkan pada satu mesyuarat berasingan jawatankuasa ekonomi Senat di Melbourne bahawa perlu adanya sikap tanggungjawab tanpa memberi komen mengenai kes AUSTRAC.

“Ia amat serius. Kami mempunyai undang-undang atas sebab-sebab tertentu, bank tidak harus melakukan pembersihan wang dan mereka harus tahu siapa yang membuka akaun mereka,” akhbar Sydney Morning Herald memetik beliau sebagai berkata. – AFP