Bank uranium beroperasi pada 2017

Bank uranium beroperasi pada 2017

ASTANA, 27 Ogos (Reuters)– Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dan Kazakhstan hari ini menandatangani perjanjian untuk menempatkan bank uranium yang dikayakan di tahap rendah (LEU) pertama dunia dan dikawal antarabangsa, di negara bekas Soviet itu demi memastikan bekalan minyak bagi loji tenaga nuklear mencukupi, sekali gus menggalakkan pengawalan senjata nuklear.

Bank itu, yang mengandungi bahan mentah bagi pembuatan minyak untuk loji tenaga nuklear, akan dibina di Ust-Kamenogorsk di bahagian di timur laut Kazakhstan.

Ia akan dikawal menurut undang-undang Kazakhstan tetapi akan diuruskan dan ditadbir sepenuhnya oleh IAEA.

Kemudahan simpanan itu, dijadualkan beroperasi sepenuhnya menjelang 2017, dihasratkan untuk menyediakan negara anggota IAEA dengan keyakinan dalam bekalan yang sentiasa mencukupi bagi stesen tenaga nuklear meskipun jika mekanisme bekalan terganggu.

“Ia juga merupakan langkah penting dalam usaha menyokong kawalan senjata nuklear,” kata Kementerian Luar Kazakhstan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebelum majlis penandatangan tersebut.

Perjanjian penubuhan bank itu ditandatangani oleh Yukiya Amano, ketua pengarah pemantau nuklear PBB dan Menteri Luar Kazakh, Erlan Idrissov.