Bank utama China kutip lebih AS$7 bilion

Bank utama China kutip lebih AS$7 bilion

SHANGHAI, 9 Dis – Bank umum China dengan beberapa bilangan cawangan telah menjual satu perenam sahamnya kepada pelabur strategik lebih 45 bilion yuan (AS$7 bilion) disebabkan pengapungan yang bakal diramalkan, lapor media rasmi hari ini.

Sebanyak 10 firma membeli saham Postal Savings Bank of China (PSBC) milik kerajaan termasuk syarikat gergasi Internet, Alibaba dan Tencent, bank UBS Group, dan Temasek Holdings Singapura, menurut agensi berita rasmi Xinhua.

Institusi itu yang diasaskan pada 2007 dalam usahanya untuk merangsang perkhidmatan kewangan di kawasan luar bandar China, memiliki sekitar 40,000 cawangan – lebih banyak daripada mana-mana bank di negara itu – dan memberi perkhidmatan kepada hampir setengah bilion pelanggan sehingga September, menurut laman webnya.

Keseluruhan asetnya mencecah 6.8 trilion yuan pada September, katanya, namun nisbah pinjaman merugikan telah meningkat sejak tiga tahun lalu, meningkat kepada 0.64 peratus pada akhir 2014.

Beijing mengatakan ia sedang menekan reformasi dalam kalangan perusahaan milik kerajaan yang lain ketika ia berusaha untuk menjadikan ekonomi lebih efisien, dengan langkah-langkah termasuk tawaran awal kepada awam untuk cuba mendedahkan mereka dengan lebih banyak disiplin pasaran.

PSBC dijangka akan menyenaraikan Hong Kong pada 2016, menurut laporan itu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA