Bantah kempen Donald Trump

Bantah kempen Donald Trump

LOS ANGELES, 2 Mei (AFP) – Ratusan orang berarak melalui Los Angeles dalam perhimpunan ‘May Day’ yang menyasarkan bagi membantah kempen presiden Republikan Donald Trump yang antara agendanya membina tembok di sepanjang sempadan Amerika Syarikat dan Mexico.

Tunjuk perasaan itu dibuat di bandar kedua teramai di Amerika, yang mempunyai sejumlah besar populasi pendatang luar, terjadi selepas beberapa hari penunjuk perasaan memecahkan tingkap kereta polis dan menyekat trafik di luar acara kempen Trump di Costa Mesa, California, 40 batu dari tenggara Los Angeles.

Pada Jumaat lepas, penunjuk perasaan menyekat pintu masuk sebuah hotel yang menghoskan persidangan Republikan California di Burlingame, selatan San Francisco, menyebabkan Trump terpaksa menghentikan konvoinya dan masuk melalui pintu belakang untuk menyampaikan hujahnya.

Perhimpunan di Los Angeles itu kekal diadakan dalam keadaan aman dan menarik sekumpulan kecil berbanding tunjuk perasaan ‘May Day’ yang lalu, dengan beberapa ratusan orang berarak melalui pusat bandar pada satu ketika namun bersurai pada pertengahan petang.

Penunjuk perasaan berarak sekeliling bandar dengan membawa patung iras Donald Trump yang memegang topi Ku Klux Klan. – AFP
Penunjuk perasaan berarak sekeliling bandar dengan membawa patung iras Donald Trump yang memegang topi Ku Klux Klan. – AFP

Ahli-ahli perhimpunan itu membawa patung iras Donald Trump memegang topi Ku Klux Klan, bersama dengan tanda: “Buang Trump.”

“Dia mengancam jika dia berjaya menjadi presiden Amerika Syarikat, dalam 18 bulan pertamanya menjawat jawatan itu, dia berikrar untuk mengusir 11 juta pendatang haram di Amerika Syarikat. Kami tidak menerimanya dengan baik,” kata Juan Jose Gutierrez, dari Kesatuan Hak Penuh Pendatang.

Selebihnya mengibarkan bendera Mexico dan AS atau tanda-tanda yang menggesa bagi reformasi pendatang dan pengakhiran bagi pengusiran.