Bantahan antirang undang-undang NGO

Bantahan antirang undang-undang NGO

PHNOM PENH, Kemboja, 30 Jun (Agensi) – Kira-kira 300 aktivis anti rang undang-undang Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) berarak dari empat lokasi yang berbeza di sub-bandar Phnom Penh untuk berhimpun di depan Perhimpunan Kebangsaan hari ini meskipun pengharaman oleh pihak kerajaan.

“Ini adalah kali keempat kami mengadakan bantahan seumpama demi menggesa Perhimpunan Kebangsaan menghentikan kerja-kerja mendraf undang-undang NgO,” Am Sam Ath, penyelia teknikal bagi kumpulan hak asasi Licadho, memberitahu mengenakan sekatan ke atas kebebasan NgO dan persatuan-persatuan. Jurucakap Perbandaran Phnom Penh, Long Dimanche berkata polis anti-rusuhan sudah dikerahkan untuk menghalang para pembantah daripada berarak ke Perhimpunan Kebangsaan.

Bagaimanapun sebahagian daripada mereka mengabaikan larangan itu dan terus berarak menuju ke Perhimpunan Kebangsaan.

“Mereka berarak melalui jalan raya tanpa memohon kebenaran daripada Dewan Bandar raya, jadi kami perlu menghalang mereka,” beliau memberitahu Xinhua melalui telefon, sambil menambah bahawa tiada laporan sebarang pertempuran di antara anggota keselamatan dan para pembantah.

GAMBAR 2 – Anggota polis Kemboja berusaha menghalang beratus-ratus pembantah di Phnom Penh pada 30 Jun 2015. – Reuters
GAMBAR 2 – Anggota polis Kemboja berusaha menghalang beratus-ratus pembantah di Phnom Penh pada 30 Jun 2015. – Reuters

Sejumlah besar pembantah turut diberkas, tetapi dibebaskan kemudiannya mereka menandatangani surat berjanji untuk berhenti daripada melakukan bantahan yang diharamkan kerajaan itu, katanya. Di bawah draf rang undang-undang tersebut, NgO dan persatuan-persatuan diwajibkan untuk mendaftar dengan kerajaan Kemboja.

ARTIKEL YANG SAMA