Bantahan baru meletus di Nepal

Bantahan baru meletus di Nepal

KATHMANDU, 11 Ogos – Nepal telah menghantar beratus-ratus anggota polis bantuan hari ini ke wilayah barat bertikai tatkala kemarahan meluap-luap ekoran pembunuhan dua orang penunjuk perasaan oleh pihak polis ketika bantahan ke atas perlembagaan baru.

Sekolah, kedai dan kilang ditutup di bandar Surkhet, sehari selepas dua orang pembantah terbunuh apabila polis melepaskan tembakan dalam usaha untuk menangkis serangan ke atas rumah seorang ahli undangan tempatan.

Tunjuk perasaan baru juga diadakan oleh para pembantah yang membantah rancangan untuk membahagi rantau tengah barat menjadi dua wilayah di bawah draf perlembagaan yang ingin menyusun semula struktur Nepal sebagai negara persekutuan.

“Beratus-ratus pasukan keselamatan telah dikerah di Surkhet dan kawasan sekeliling, sekiranya situasi bertukar ganas,” kata jurucakap polis kebangsaan Kamal Singh Bam. – AFP