Bantahan besar-besaran ke atas presiden Macri

Bantahan besar-besaran ke atas presiden Macri

BUENOS AIRES, 18 Dis (AFP) – Berpuluh-puluh ribu pembantah berhimpun di luar Kongres lewat semalam, dalam membantah Presiden Mauricio Macri, yang baru seminggu selepas ahli politik konservatif itu mengambil alih kepimpinan ke atas Argentina sebagai presiden baru.

Macri telah mengambil beberapa langkah yang mengundurkan dasar-dasar berhaluan kiri bekas presiden Cristina Kirchner (2007-2015) yang termasuklah penamatan kawalan mata wang – yang mengakibatkan peso dengan pantasnya melonggarkan 30 peratus nilainya.

Gabungan Peronist, Kirchner, terutamanya berang dengan penggunaan perintah oleh Macri untuk mengisi dua kekosongan dalam Mahkamah Tertinggi, memintas kelulusan dalam Senat yang mana pihak pembangkang mempunyai majoritinya.

Berbaris dalam orang ramai itu ialah Daniel Scioli, calon yang menyokong Kirchner, yang dikalahkan Macri dalam pilihan raya November dengan 51 berbanding 49 peratus.

Dia berkata “Saya datang kerana bagi saya sangat penting untuk menyokong kedudukan gabungan Peronist supaya prosedur berinstitusi bagi pelantikan hakim dihormati.”

Perhimpunan itu pada awalnya menggesa bagi sokongan kepada undang-undang anti monopoli media berita yang berkontroversi yang telah diluluskan di bawah Kirchner pada 2009 yang dibantah oleh Macri.

“Kami tidak akan membiarkan perlembagaan dicabuli seperti yang berlaku dengan pengadilan mahkamah, mahupun tidak membiarkan undang-undang diubah oleh perintah seperti dalam kes undang-undang media,” Hector Recalde, seorang ahli undangan kanan Peronist memberi amaran.

Para penentang Macri berkata mengurangkan had ke atas transaksi dolar dan kadar tukaran tetap akan menjejaskan kuasa perbelanjaan biasa rakyat Argentina.