Bantahan ganas di Carolina Utara, 12 polis cedera

Bantahan ganas di Carolina Utara, 12 polis cedera

WASHINGTON, 21 Sept – Kira-kira 12 pegawai polis cedera semasa bantahan ganas di bandar Carolina Utara yang dicetuskan oleh tembakan polis maut kepada seorang warga Afrika-Amerika, kata pegawai.

Penunjuk perasaan berkumpul lewat semalam berhampiran kompleks apartmen di Charlotte di mana tembakan itu berlaku, dengan membawa tanda-tanda yang berbunyi “Black Lives Matter” dan melaungkan “Tiada keadilan, tidak aman!” televisyen tempatan melaporkan.

Laporan berita berkata, lelaki itu ditembak oleh pegawai polis Charlotte-Mecklenburg, dikenal pasti sebagai Keith Lamont Scott, adalah seorang warga Afrika-Amerika.

“Kira-kira 12 pegawai polis cedera. Seorang pegawai dipukul di muka dengan batu,” kata satu tweet yang disiarkan oleh Jabatan Polis Charlotte-Mecklenberg.

Menurut tweet berasingan daripada jabatan polis itu berkata bahawa para pegawai kita yang bertugas “cedera pada malam ini demi melindungi komuniti setempat semasa demonstrasi tersebut.”

Polis melepaskan gas pemedih mata kepada penunjuk perasaan di Old Concord Road kelmarin, di Charlotte, Carolina Utara. - AP
Polis melepaskan gas pemedih mata kepada penunjuk perasaan di Old Concord Road kelmarin, di Charlotte, Carolina Utara. – AP

Laporan berita berkata, jumlah orang awam yang cedera belum dapat dipastikan. WSOC-TV melaporkan bahawa polis memakai kelengkapan penuh bagi menghadapi rusuhan dan menggunakan gas pemedih mata ketika cuba mengawal penunjuk perasaan yang marah, di mana pihak berkuasa berkata mereka telah menyerang dan merosakkan beberapa kereta polis.

Laporan berita berkata, pegawai yang terlibat dalam tembakan itu, Brentley Vinson, sedang bercuti berbayar. Stesen televisyen melaporkan bahawa Vinson adalah antara pegawai bagi pencarian suspek yang mempunyai waran tangkap yang banyak.

Polis bertemu Scott – seseorang yang bukan mereka cari – dalam kereta yang diletakkan di bangunan itu. Pegawai berkata, dia mempunyai senjata api, yang tidak menyalahi undang-undang di bawah undang-undang tempatan. Konfrontasi tercetus dan polis berkata bahawa mereka merasa terancam oleh Scott, dengan melepaskan tembakan dan membunuh dia. Laporan berita memberitahu bahawa usianya adalah 43 tahun.

Saudara dari mangsa yang terkorban, semasa ditemuramah oleh media tempatan, berkata bahawa dia (mangsa) tidak membawa pistol tetapi sebaliknya memegang sebuah buku di tangannya pada masa itu dan dia telah ditembak mati. Datuk Bandar Charlotte Jennifer Roberts merayu semua tenang.

“Masyarakat patut mendapat jawapan dan siasatan penuh perlu dijalankan,” tulisnya di Twitter. Kami akan sampaikan kepada pemimpin masyarakat untuk bekerjasama.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA