Bantahan semakin menjadi di Ajaccio

Bantahan semakin menjadi di Ajaccio

AJJACCIO, Perancis, 28 Dis – Beratus-ratus orang berbaris di Corsica semalam selepas dua hari rusuhan ganas anti-Arab, mengelak tegahan tunjuk perasaan di kawasan tahap meledak dengan membawa bantahan mereka di tempat lain di ibu negara.

Dua orang ditahan dalam tempoh beberapa hari rusuhan di pulau Mediterranean, Eropah, yang menyaksikan para penunjuk perasan melakumusnahkan ruang solat orang Islam dan membakar buku-buku termasuklah naskhah al-Quran.

Beratus-ratus berbaris melalui kawasan-kawasan miskin di bandar Ajaccio pada Sabtu lalu bagi hari kedua berturut-turut, dengan melaungkan slogan seperti “Ini adalah tanah air kami!” dan “Orang Arab keluar”.

Pentadbir Corsica, Christopher Mirmand mengumumkan tegahan ke atas semua bantahan dan perhimpunan sehingga sekurang-kurangnya 4 Januari di estet perumahan miskin Jardins de I’Empereur, tempat bermulanya keganasan.

Tetapi beratus-ratus orang keluar ke jalan raya lagi semalam, mengelak tegahan dengan berarak melalui kawasan lain di Ajaccio dengan melaungkan “Kami menentang semua sampah masyarakat bukan menentang orang Arab!”

Ratusan orang yang terlibat dalam tunjuk perasan di Ajaccio pada 27 Disember selepas Perancis menegah bantahan di beberapa bandar Ajaccio. – AFP
Ratusan orang yang terlibat dalam tunjuk perasan di Ajaccio pada 27 Disember selepas Perancis menegah bantahan di beberapa bandar Ajaccio. – AFP

“Kami bukan samseng, kami bukan bersifat perkauman,” mereka menangis ketika berbaris menuju stesen polis dan kemudian melalui beberapa kawasan berpendapatan rendah, sebelum pulang ke estet Jardins de I’Empereur tempat mereka disekat oleh polis.

Kekacauan menyusuli pertempuran sebelum Krismas yang mana dua anggota bomba dan seorang pegawai polis tercedera di estet itu, yang mempunyai kira-kira 1,700 orang penduduk, separuh dari mereka bukan berasal dari Perancis. – AFP