Bantahan singkir Presiden Brazil

Bantahan singkir Presiden Brazil

SAO PAULO, 14 Dis (AFP) – Beribu-ribu orang keluar ke jalan-jalan raya di bandar-bandar seluruh Brazil semalam dalam menuntut presiden yang dilanda masalah, Presiden DIlma Rousseff – yang berdepan ekonomi lemah dan gesaan pendakwaan ke atasnya, supaya disingkirkan dari jawatannya.

Rousseff berjuang bagi hayat politiknya ketika dia dituduh mengendali peruntukkan secara tidak sah yang menurut beliau amalan kerajaan-kerajaan sebelumnya yang telah lama diterima.

Pernah menjadi tahanan politik ketika rejim tentera dalam tahun 1964-1985, Rousseff mempersendakan cubaan untuk menjatuhkannya sebagai ‘rampasan kuasa.”

“Masa telah menunjukkan bahawa Dilma tidak mampu memimpin. Beliau telah menjatuhkan negara,” kata Adriano de Queiroz, 36 tahun, seorang pembantah di ibu negara, Brasilia.

Sedikit berita baik untuk Rousseff ialah kehadiran perhimpunan, yang dilihat sebagai pengukur suasana negara, lebih rendah dari yang dijangkakan.

Orang ramai tunjuk perasaan dalam menyokong pendakwaan ke atas Presiden Brazil, Dilma Rousseff di pantai Copacabana di Rio de Janerior, Brazil pada 13 Disember. – AFP
Orang ramai tunjuk perasaan dalam menyokong pendakwaan ke atas Presiden Brazil, Dilma Rousseff di pantai Copacabana di Rio de Janerior, Brazil pada 13 Disember. – AFP

Kehadiran telah mencecah jumlah kira-kira 83,000 di 87 buah bandar, laman sesawang berita, Globo G1 memetik pihak polis sebagai berkata.

Para penganjur mempertikaikan bilangan itu, dengan mengatakan 407,000 orang berbaris dalam bantahan itu.

Macam mana sekali pun, bilangan itu lebih rendah dari 2.4 juta orang yang berbaris anti Rousseff yang keluar ke jalan-jalan raya pada 15 Mac, atau hampir 900,000 yang berarak pada pertengahan Ogos.

Beberapa hari lalu, ahli undangan pro Rousseff dan pembangkang bertolak-tolakan dan menjerit antara satu sama lain dalam Kongres ketika pengundian untuk membentuk suruhanjaya pendakwaan.

Tetapi para pembantah di jalan raya lebih tenang semalam.

Di Brasilia, beribu-ribu orang berbaris dengan aman di belakang patung besar Rousseff yang boleh dikembangkan yang berpakaian sebagai Pinocchio.