Bantahan terhadap perlembagaan baru

Bantahan terhadap perlembagaan baru

KATHMANDU, Nepal, 17 Ogos (Agensi) – Satu mogok umum yang dilakukan oleh parti-parti kecil politik bagi memprotes perlembagaan baru yang akan memisahkan Nepal menjadi enam negeri federal melumpuhkan kehidupan seharian di seluruh negara Himalaya itu hari ini.

Pasar-pasar dan sekolah-sekolah kekal ditutup di seluruh negara hari ini sementara lebuh-lebuh raya menjadi sunyi.

Di ibu negeri Kathmandu, pekerja-pekerja kerajaan berjalan menuju tempat kerja sementara kebanyakan pejabat swasta kekal tutup. Hanya terdapat beberapa buah kereta di jalanan.

Keselamatan telah ditingkatkan dengan polis rusuhan mengawal kawasan-kawasan utama di Kathmandu.

Beberapa penunjuk perasaan keluar ke jalan menunjukkan bantahan kepada perlembagaan baru Nepal. – Reuters
Beberapa penunjuk perasaan keluar ke jalan menunjukkan bantahan kepada perlembagaan baru Nepal. – Reuters

Hari ini merupakan hari kedua mogok umum tersebut. Polis telah menahan 117 penunjuk perasaan kelmarin tetapi hari ini kebanyakannya begitu aman.

Penunjuk-penunjuk perasaan tidak bersetuju dengan pelan untuk menubuhkan enam negeri federal seperti yang diputuskan oleh parti-parti politik utama dalam draf perlembagaan yang dijangka akan diundi bulan ini dalam Perkumpulan Perlembagaan.

ARTIKEL YANG SAMA