Banteras kegiatan jenayah

Banteras kegiatan jenayah

Oleh Hajah Saemah Kepli

KUALA BELAIT, 22 April – Seramai 16 orang anggota polis dan 21 orang ahli Pengawasan Kejiranan (PK) telah terlibat dalam Operasi Rondaan Pencegahan Jenayah di dua kawasan berasingan, di sini, malam tadi.

Operasi di kawasan Rancangan Perumahan Negara Kampung Pandan telah melibatkan lapan orang anggota dari Balai Polis Seria dan 15 orang ahli PK RPN Kampung Panaga dengan diketuai oleh Pegawai Menguasa Balai Polis Seria, P/ASP Mohd Zulhelmi Azmi bin Dato Paduka Haji Abd Aziz.

Turut menyertai operasi ialah Timbalan Pengerusi Pengawasan Kejiranan RPN Kampung Panaga, Awang Zaleha bin Lahap.

Sementara itu, operasi di Mukim Liang Lumut yang bermula dari jam 11:15 malam itu telah melibatkan lapan orang anggota Balai Polis Sungai Liang dan enam orang ahli PK Mukim Liang Lumut dengan diketuai oleh Pegawai Menguasa Balai Polis Sungai Liang, Inspektor Mohd Sofian bin Haji Kifli.

Antara yang terlibat menyertai Operasi Pencegahan Jenayah bagi kawasan RPN Kampung Panaga, Seria.
Antara yang terlibat menyertai Operasi Pencegahan Jenayah bagi kawasan RPN Kampung Panaga, Seria.

Semasa rondaan dilakukan di sekitar kawasan Kampung Agis-Agis, Pantai Lumut dan kawasan pembuangan sampah Kampung Sungai Kayu Ara Lumut, beberapa buah kereta telah ditahan dan pemeriksaan ke atas pemandu dan penumpangnya telah dilakukan, bagaimanapun tiada sebarang kegiatan jenayah didapati sepanjang operasi rondaan di kedua-dua kawasan yang berakhir kira-kira pukul 2:35 pagi tadi.

ARTIKEL YANG SAMA