Banteras penyeludupan warga asing

Banteras penyeludupan warga asing

Oleh Anwar Rosly

 

KUALA BELAIT, 16 Mac – Lima warga asing akan didakwa kerana cuba memasuki ke negara ini tanpa dokumen perjalanan yang sah sementara seorang pemandu warganegara Brunei juga akan diambil tindakan undang-undang kerana dipercayai terlibat sama membantu warganegara asing berkenaan masuk ke negara ini secara haram.

Tangkapan tersebut adalah hasil daripada intipan Bahagian Risikan, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) Kuala Belait yang telah membuat pemeriksaan di kawasan Long Mayan Tutong dan berhasil menahan sebuah kenderaan yang dipercayai membawa warganegara asing.

Lima orang lelaki yang berada di dalam kenderaan berkenaan semasa diperiksa gagal menunjukkan dokumen yang sah.

Pegawai penguat kuasa JIPK memeriksa kenderaan yang cuba menyeludup masuk warga asing tanpa izin ke Brunei.
Pegawai penguat kuasa JIPK memeriksa kenderaan yang cuba menyeludup masuk warga asing tanpa izin ke Brunei.

Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang, JIPK akan sentiasa menjalankan atau melaksanakan aktiviti-aktiviti penguatkuasaan berterusan sama ada secara persendirian atau bersama dengan agensi penguatkuasaan yang lain.

Sehubungan itu, orang ramai dialu-alukan tampil memberikan maklumat berhubung dengan pesalah-pesalah imigresen dengan menghubungi ke talian hotline JIPK di talian 8753888 /8734888. Maklumat dan nama pemberi maklumat akan dirahsiakan.

ARTIKEL YANG SAMA