Bantu anak an...

Bantu anak anak kembali bersekolah

Oleh NAJ

 

PARA pelajar sekolah di negara ini sudah mulai kembali bersekolah setelah bercuti selama lebih kurang sebulan.

Memang diakui setelah menjalani kehidupan yang dianggap bebas dari sebarang tanggungjawab dan hari pertama memulakan musim prasekolaha pastinya para ibu bapa dan para pelajar akan mengharungi cabaran menghadapinya.

Alhamdulilah di negara Brunei Darussalam dengan usaha para guru sekolah yang sanggup mengorbankan musim percutian mereka dengan menghiasi bilik darjah mereka bagi mengalu-alukan para pelajar mereka.

Malahan sebahagian guru sanggup mengeluarkan perbelanjaan bagi menghiasi bilik darjah mereka dalam memastikan para pelajar dalam keadaan kondusif dan menarik minat para pelajar untuk hadir ke sekolah.

Dalam sama-sama membantu anak-anak kembali bersekolah para ibu bapa memainkan peranan dan tanggungjawab dalam meberikan sokongan kepada mereka dalam cabaran mendatang.

Kelas kondusif pelajar minat untuk belajar
Kelas kondusif pelajar minat untuk belajar

Para ibu bapa bolehlah membantu anak-anak dalam membangkitkan lagi semangat mereka untuk terus bermotivasi untuk rajin belajar di sekolah.

Sekolah sudah, cuti dah habis

Perubahan daripada mood bercuti kepada persekolahan boleh memberi tekanan kepada anak-anak yang mana akhirnya memberikan impak kepada para ibu bapa, dimana perkataan “ingau” sering kita dengar dalam perbualan mereka.

Dalam satu majlis perkahwinan penulis sering mendengar ibu bapa yang mengatakan “Ingau ku eh anak anak kan mulai sekolah ni.” Perkara ini dapat dielakkan ibu bapa membuat membuat persiapan awal.

Apa yang ibu bapa perlu buat bagi mengelakan keadaan berabut-rabut (kelam kabut) pada hari pertama sekolah ialah dengan mula melatih melatih anak bangun awal kira-kira seminggu sebelum sekolah bermula.

Kejutkan mereka lebih awal dan mulakan pagi dengan menyediakan sarapan berkhasiat supaya anak bersedia menghadapi hari persekolahan.

Dengan melakukan rutin konsisten memudahkan anak tidur lebih awal dan bangun pada waktu yang sepatutnya.

Para ibu bapa juga harus membabitkan anak-anak dalam penyediaan alatan persekolah mereka bagi menghadirkan suasana persediaan kembali bersekolah.

Babitkan mereka membuat persediaan barangan keperluan sekolah seperti alat tulis, beg, bekas makanan ataupun senarai makanan kegemaran untuk dibawa ke sekolah supaya mereka lebih bersedia dan teruja.

Bawa anak-anak melakukan aktiviti luar rumah

Zaman sekarang zaman teknologi dimana kanak-kanak dideahkan dengan berbagai alat-alat canggih yang berteknologi tinggi yang jika tidak dipantau akan menyebabkan mereka banyak membuat perkara tidak berfeadah seperti bermain games.

Dengan menyediakan peralatan persekolahan baru memotivasikan anak-anak untuk hadir sekolah seperti biasa.
Dengan menyediakan peralatan persekolahan baru memotivasikan anak-anak untuk hadir sekolah seperti biasa.
Guru-guru mengunakan berbagai kaedah dalam mengajar.
Guru-guru mengunakan berbagai kaedah dalam mengajar.

Para ibu bapa boleh lah mulai mengalakkan mereka melakukan aktiviti sukan atau fizikal. Aktiviti ini boleh meningkatkan kecergasan tetapi juga membantu mencungkil bakat mereka.

Para ibu bapa boleh lah membawa anak-anak mengunjungi aman permainan yang lengkap dengan kemudahan khas untuk membuatkan mereka bergerak aktif.

Di situ, mereka boleh menyertai permainan yang disediakan di taman berkenaan yang banyaknya melakukan aktiviti fizikal. Kunjungan ke taman-taman permainan ini juga boleh mempertingkatkan kemahiran bersosial dan menjadi lebih fokus.

Ketika melakukan aktiviti fizikal, berikan anak-anak minuman yang berkhasiat bagi membantu pembebasan tenaga yang efisien dengan tambahan vitamin dan mineral yang diperlukan anak.

Utamakan sarapan pagi

Para ibu bapa pelajar harus memastikan bahawa anak-anak mereka menikmati sarapan pagi sebelum pergi ke sekolah. Menurut hasil beberapa kajian yang telah dilakukan sarapan pagi dengan makanan yang berzat ternyata sangat bermanfaat bagi diri pelajar.

Manakala bagi mereka yang sering melewatkan ataupun langsung tidak mengambil sarapan pagi boleh mempengaruhi keadaan fizik dan psikologi diri yang mana hasilnya akan menggangu pencapaian akademik para pelajar.

Jadi dengan demikian, menyediakan anak-anak dengan sarapan yang sehat adalah termasuk sebagai salah satu tugas penting ibu bapa dan penjaga murid.

Guru-guru berusaha lebih awal memastikan keadaan kelas yang kondusif dan menarik.
Guru-guru berusaha lebih awal memastikan keadaan kelas yang kondusif dan menarik.
Guru ini melekatkan kenangan para pelajar yang memperolehi keputusan cemerlang bagi memberikan motivasi kepada pelajar lain.
Guru ini melekatkan kenangan para pelajar yang memperolehi keputusan cemerlang bagi memberikan motivasi kepada pelajar lain.

Anak anak yang tidak mahu sarapan pada umumnya adalah kerana kebiasaan yang dilakukan sejak lama, untuk itu kembangkanlah kebiasaan makan sarapan pagi setiap hari. Daripada kita memaksa anak-anak untuk sarapan, lebih baik jika kita buat mereka mengerti akan manfaat sarapan sebelum berangkat sekolah.

Pelajar yang tidak mengamalkan pengambilan sarapan pagi secara rutin mempunyai risiko tinggi menghadapi risiko gastroenteritis dan beberapa masalah kesihatan lainnya. Malahan dalam keadaan perut yang kosong boleh menyebabkan gangguan kepada penerimaan dan kemajuan mereka dalam pembelajaran.

Sering didapati kanak-kanak tidak bersarapan sebelum ke sekolah memiliki masalah seperti, sakit kepala, mengantuk, sakit perut, kelelahan, Ketidaktegasan, mudah marah, kecemasan, kurang bahagia, gugup dan lesu.

Manakala itu dengan mengamalkan sarapan pagi yang teratur telah membuktikan konstrasi pelajar adalah baik dibandingkan daripada pelajar yang tidak bersarapan pagi sebelum ke sekolah.

Sarapan juga bermanfaat untuk meningkatkan tahap memori pelajar, sehingga mereka mampu mengingat dan mengambil informasi yang disampaikan di sekolah dengan cepat serta tepat.

Peralatan sekolah baru

Untuk memberikan semangat kepada pelajar-pelajar kembali semula bersekolah para ibu bapa bolehlah membelikan beberapa peralatan sekolah baru khususnya peralatan yang sudah memerlukan di ganti. Pilihlah peralatan yang sesuai dengan motif dan warna kesukaan para pelajar demi sama sama membangkitan keceriaan meraka untuk kembali keseolah.

Kesimpulan

Jadikanlah kembali ke sekolah selepas bercuti sesuatu yang menyeronokan. Tanamkan di minda anak-anak untuk dapat mensesuaikan diri dengan keluar daripada kawasan zon selesa (comfort zone) mereka. Sering bercerita dan berbual bersama mereka mengenai kelebihan dan kepentingan pendidikan dalam kehidupan. Berikan contoh-contoh kaum keluarga yang terdekat yang menunjukkan kejayaan hasil dari memperolehi pendidikan yang tinggi.