Bantu belia kembangkan bidang kejuruteraan

Bantu belia kembangkan bidang kejuruteraan

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Mei – Lebih 30 orang ahli Institusi Kejuruteraan dan Teknologi (IET) telah menghadiri malam ahli IET yang antara lain bertujuan untuk memperkenalkan kakitangan IT baru selain memaklumkan aktiviti terkini mereka.

Majlis yang berlangsung di salah sebuah hotel di ibu negara, hari ini, itu turut dihadiri oleh Pengerusi IET Brunei, Simon Leong yang melahirkan harapan agar IET akan terus membantu mengembangkan bidang kejuruteraan dengan menarik belia-belia muda untuk lebih berminat dalam bidang sains.

Dalam ucapannya pada majlis itu, beliau menambah, IET mahukan penglibatan belia-belia muda dalam sains untuk memilih bidang Kejuruteraan di mana buat pertama kalinya setelah 160 tahun, Presiden IT di UK merupakan seorang wanita dan di sini mereka memberi galakan kepada wanita untuk menceburi bidang kejuruteraan.

Pengerusi IET Brunei, Simon Leong.
Pengerusi IET Brunei, Simon Leong.

Sementara itu, temu bual dengan salah seorang ahli yang merupakan pelajar tahun dua dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Teknologi Brunei, Dayang Arhmah binti Haji Tinggal berkata bahawa IET amat berguna kepada pelajar yang mengambil bidang Kejuruteraan.

“Setelah menyertai IET sejak tahun 2015, ia memberi peluang mengetahui dalam pengawalan kerja selain mengadakan lawatan ke beberapa buah syarikat yang berkaitan untuk meningkatkan lagi pengetahuan dalam bidang ini,” tambahnya.

IET adalah sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan dan merupakan institusi terbesar di dunia yang menawarkan pelbagai peringkat Pendaftaran Profesional yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dalam bidang Kejuruteraan dan Teknologi.

ARTIKEL YANG SAMA