Bantu berkongsi kegembiraan

Bantu berkongsi kegembiraan

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 26 Jun – Bersempena bulan Ramadan yang mulia ini, kanak-kanak istimewa Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam cawangan Daerah Belait serta anak-anak yatim telah diraikan pada Majlis Bersungkai dan Sumbangan Derma anjuran Restoran Chicken King yang diadakan di restoran tersebut di sini.

Hadir menyempurnakan penyampaian sumbangan tersebut ialah Pengarah Urusan Syarikat Lim and Ho Employment Agency, Fenny Ho Kin Juan, dan Pengarah syarikat tersebut, Lim Thian Ming serta Dayang Afiqah Basyirah binti Mohd Anuar bagi mewakili ibunya Pengarah Restoran Chicken King, Pengiran Sulfiah binti Pengiran Abd Razak.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Penghulu Mukim Belait, Haji Pungut bin Haji Ali; Pengurus Pusat Ehsan cawangan Daerah Belait, Dayang Hamimah binti Haji Sapar; Pengerusi Chanang Chitra Event Managemant, Haji Zaini bin Haji Munir dan jemputan lainnya, serta ibubapa pelajar-pelajar istimewa yang diraikan.

Menurut Lim Thian Ming, majlis tersebut merupakan aktiviti kerjasama dua buah syarikat pada setiap tahun, sebagai hasrat untuk memeriahkan suasana Ramadan dengan mengadakan acara bersungkai bagi kanak-kanak istimewa dan anak-anak yatim.

pg05_160627_a

Penyerahan sumbangan daripada Pengarah Urusan dan Pengarah Syarikat Lim and Ho Employmenent Agency dan Syarikat Restoran Chicken King kepada kanak-kanak Istimewa Pusat Ehsan cawangan Daerah Belait dan anak-anak yatim.
Penyerahan sumbangan daripada Pengarah Urusan dan Pengarah Syarikat Lim and Ho Employmenent Agency dan Syarikat Restoran Chicken King kepada kanak-kanak Istimewa Pusat Ehsan cawangan Daerah Belait dan anak-anak yatim.

Majlis tersebut juga dihasratkan supaya dapat membantu memeriahkan lagi sambutan Hari Raya AidilFitri kepada anak-anak yatim, sama seperti kanak-kanak lainnya, biarpun tanpa orang yang tersayang di samping mereka.

Acara telah dimulakan dengan bacaan doa selamat, kemudian diteruskan dengan penyampaian sumbangan kepada yang diraikan, disusuli dengan majlis bersungkai.

Sementara itu Dayang Hamimah, memberitahu, sepanjang bulan Ramadan ini kebanyakan daripada pelajar-pelajar mereka telah menerima banyak undangan berbuka puasa dan undangan-undangan sempena menyambut Hari Raya AidilFitri nanti, sehubungan dengan itu, beliau merakamkan penghargaan kepada mereka yang mengundang mereka dan dengan adanya acara seperti itu, ia akan dapat memberikan peluang kepada pelajar-pelajar pusat tersebut untuk merasakan kegembiraan dan sokongan yang sama daripada insan-insan yang lainnya.

ARTIKEL YANG SAMA