Bantu cari jalan miliki rumah

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Feb – Bagi memberikan jalan penyelesaian dalam pemilikan rumah, Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) telah menganjurkan Ceramah Nasihat Pemilikan Rumah di Pusat Pembiayaan BIBD, di Kiulap, hari ini.

Ceramah yang dihadiri lebih daripada 50 orang itu merupakan sebahagian daripada aktiviti BIBD bagi menempatkannya sebagai pilihan pertama orang ramai dalam hal penyelesaian pemilikan rumah.

Majlis berkenaan merupakan siri ceramah kedua BIBD sebagai lanjutan siri pertama yang diadakan semasa Pameran BIBD ke-9 pada September tahun lepas.

Ahli-ahli panel yang hadir bagi memberikan pendapat mereka dalam hal pemilikan rumah.
Ahli-ahli panel yang hadir bagi memberikan pendapat mereka dalam hal pemilikan rumah.
Antara orang ramai yang hadir bagi mendengarkan ceramah berkenaan.
Antara orang ramai yang hadir bagi mendengarkan ceramah berkenaan.

Majlis berkenaan menghimpunkan pakar-pakar industri selaku ahli-ahli panel untuk berkongsi maklumat dengan para peserta mengenai perjalanan menarik dalam memiliki atau melabur dalam hartanah.

Ahli-ahli panel untuk sesi ceramah kali ini ialah Yanti Rahman dari Eco Bumi Architect, Robin Cheok dari Cheok Advocates, Fergus Lim dari Intanmas dan Aimi Ramlee dari Square Feet Asia. Turut hadir ialah ejen-ejen hartanah bagi mempamerkan peluang menarik dalam pemilikan rumah.