Bantu golongan memerlukan darah

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Jan – Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Jabatan Perkhidmatan Makmal Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) pagi tadi telah mengadakan kempen derma darah yang berlangsung di Ibu Pejabat JIPK, Jalan Menteri Besar.

Kempen berkenaan merupakan aktiviti jabatan berkenaan dalam usaha berterusan untuk meningkatkan lagi kesedaran mengenai kepentingan menderma darah di samping menanam sifat keprihatinan terhadap individu-individu yang memerlukan darah.

Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengamalkan gaya hidup sihat bagi mereka yang menderma darah serta meningkatkan lagi jumlah simpanan tabung darah bagi kegunaan Hospital RIPAS dan seterusnya untuk membantu pesakit-pesakit yang memerlukannya.

Sebanyak 25 pain darah telah berjaya dikumpulkan dalam kempen berkenaan.

Antara yang ikut serta dalam kempen derma darah kelmarin.