Bantu golongan memerlukan

Bantu golongan memerlukan

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 18 Nov – Kumpulan Belia Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong dan Persatuan Saudara-saudara Baru Tutong (PESATU) telah mengadakan Program Siuknya Sedakah (#SiuknyaSedakah) selama tiga hari bermula hari ini sehingga 20 November nanti bertempat di Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong.

Melalui Program Siuknya Sedakah ini, orang ramai adalah dialu-alukan menyumbangkan barangan asasi dan barangan lain seperti beras, minyak makan, serbuk pencuci, mi kuning/putih (bukan mi segera), minuman sirap dan tepung.

Bagi orang ramai yang ingin memberikan sumbangan tersebut, mereka bolehlah menyerahkan barangan tersebut di masjid berkenaan bermula jam 9 pagi hingga 4 petang ketika program tersebut dijalankan.

Hasil sumbangan daripada orang ramai itu nanti akan diserahkan kepada masyarakat yang memerlukan dan kurang berkemampuan. Selain mengurangkan bebanan golongan kurang berkemampuan , program tersebut juga diharap dapat memupuk para belia masjid agar dapat bekerjasama dan membantu masyarakat yang memerlukan.

Ahli Jawatankuasa program tersebut ketika membantu menyusun barangan asasi yang disumbangkan dari orang ramai.
Ahli Jawatankuasa program tersebut ketika membantu menyusun barangan asasi yang disumbangkan dari orang ramai.

ARTIKEL YANG SAMA