Bantu isi tabung darah di bulan Ramadan

Bantu isi tabung darah di bulan Ramadan

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 28 Jun – Dalam usaha untuk terus membantu menambah tabung darah khususnya bagi Tabung Darah Hospital Suri Seri Begawan Kuala Belait di bulan Ramadan ini, Persatuan Kwong Wai Siew telah mengendalikan kempen derma darah yang diadakan di Bangunan Kwong Wai Siew, di sini, hari ini.

Pengerusi Persatuan Kwong Wai Siew, Koo Kong Loi memberitahu Media Permata, kempen tersebut merupakan kali kedua diadakan oleh persatuan mereka bersempena bulan Ramadan
dengan tujuan membantu pihak tabung darah yang terus memerlukan bekalan darah bagi menampung keperluan para pesakit yang memerlukan dari semasa ke semasa.

Seramai 43 orang, daripada lebih 50 orang yang membuat pemeriksaan, telah menderma darah pada kempen tersebut yang dikendalikan dengan kerjasama Persatuan Hai Nam dan Persatuan Foo Chow serta Persatuan Tai Poh.

Pemeriksaan kesihatan dan pengambilan darah pada kempen itu dikendalikan oleh pegawai-pegawai daripada Unit Makmal Hospital Suri Seri Begawan Kuala Belait.

pg06_150629_a

Koo Kong Loi turut menderma darah dalam kempen tersebut.
Koo Kong Loi turut menderma darah dalam kempen tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA