Bantu kawasan terjejas kemarau

Bantu kawasan terjejas kemarau

HANOI, Vietnam, 21 Julai – PBB Wanita Vietnam dan kerajaan Korea Selatan telah menandatangani perjanjian kerjasama bernilai AS$300,000 untuk membantu wanita dan gadis di daerah yang dilanda banjir di Delta Mekong dan Tanah Tinggi Pusat Vietnam, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Kerjasama itu akan membantu meningkatkan keadaan kebersihan bagi 15,000 wanita dan 7,500 gadis daripada keluarga yang berpendapatan rendah dalam enam daerah yang terjejas oleh pencerobohan air masin dan kemarau teruk di wilayah Delta Mekong Ca Mahu dan wilayah-wilayah Tanah Tinggi Pusat Kong Tum dan Gia Lai.

Usaha-usaha ini dijangka untuk menghalang penyebaran cirit-birit, disenteri, penyakit tangan kaki dan mulut, demam denggi dan penyakit-penyakit kulit.

Ia juga akan membantu meningkatkan kesedaran wanita terhadap kebersihan dan pemakanan. – NNN

ARTIKEL YANG SAMA