Bantu kesan 3 lelaki ini

Bantu kesan 3 lelaki ini

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Ogos – Pasukan Polis Diraja Brunei memohon kerjasama dan bantuan orang ramai untuk mengesan tiga pekerja warga asing yang lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, hari ini, laporan mengenai pekerja lelaki warga Bangladesh, Kibria, 29, yang memegang pasport bernombor AD 9856472474311 telah dibuat di Balai Polis Muara pada 23 Julai 2015.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai lelaki ini sila hubungi Pegawai Menguasa Balai Polis Muara di talian 2772253 dan Hotline 993 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Mohd Nasir
Mohd Nasir
Biswas
Biswas
Sahid.
Sahid.

Sementara itu, satu lagi laporan telah dibuat di Balai Pusat, Bandar Seri Begawan pada 4 Ogos 2015 mengenai dua pekerja lelaki warga Bangladesh, Sahid, 29 yang memegang pasport bernombor AD8732739, dan Mohd Nasir Biswas, 34, dengan nombor pasport BF 0387600.

Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kedua-dua mereka diminta supaya menghubungi Pegawai Jenayah Daerah Polis Brunei Muara melalui talian 2242334 sambungan 132, 148, 142 dan Hotline 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

ARTIKEL YANG SAMA