Bantu kesan Asadul

Bantu kesan Asadul

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Nov – Pasukan Polis Diraja Brunei memohon kerjasama dan bantuan orang ramai untuk mengesan seorang pekerja lelaki warga Bangladesh (gambar) yang lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, hari ini, laporan mengenai Asadul Haque, 29, yang bekerja sebagai buruh di Syarikat Pemborong Melayu Bersatu Kuala Belait dengan memegang pasport bernombor BC0893977, telah dibuat di Balai Polis Kuala Belait.

pg06_151112_c

Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai lelaki berkenaan supaya menghubungi terus Penolong Pegawai Penguasa Balai Polis Kuala Belait di talian 3334324 atau hotline 993 atau balai-balai polis berdekatan.