Bantu kesan dua beradik ini

Bantu kesan dua beradik ini

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Mei – Pasukan Polis Diraja Brunei memohon kerjasama dan bantuan orang ramai untuk mengesan dua beradik perempuan warga tempatan yang lari dari Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) sejak 17 Mei 2015 dan hingga hari ini belum balik.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, hari ini, dua beradik berkenaan ialah Norazatul Amal Nazirah binti Norariffin yang berusia 20 tahun dengan kad pengenalan 01-079773 (kuning), dan adiknya, Norazatul Amal Nadhirah berusia 16 tahun dengan kad pengenalan 01-1016081 (kuning.

Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai dua beradik berkenaan supaya menghubungi Pegawai Jenayah Daerah Polis Brunei di talian 2242334 sambungan 132, 148 dan 142, atau talian Hotline 993 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Norazatul Amal Nadhirah.
Norazatul Amal Nadhirah.
Norazatul Amal Nazirah.
Norazatul Amal Nazirah.

ARTIKEL YANG SAMA