Bantu kesan dua individu ini

Bantu kesan dua individu ini

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Okt – Pasukan Polis Diraja Brunei memohon kerjasama dan bantuan orang ramai untuk mengesan lelaki berbangsa Melayu, Al-Fadillah bin Abdullah, 36, yang dikehendaki untuk membantu siasatan.

Sementara itu, dalam satu kenyataan berasingan, Pasukan Polis Diraja Brunei turut memohon kerjasama dan bantuan orang ramai untuk mengesan seorang pekerja lelaki warga Bangladesh yang lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.

Menurut kenyataan itu, laporan mengenai Abdul Hasan, 28, yang memegang passport bernombor AD3243544 telah dibuat pada 25 September 2015.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedua-dua lelaki berkenaan diseru supaya menghubungi Pegawai Penguasa Balai Polis Kuala Belait di talian 3334324/3334325 atau hotline 993 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Dua individu yang dikehendaki Pasukan Polis Diraja Brunei.
Dua individu yang dikehendaki Pasukan Polis Diraja Brunei.

ARTIKEL YANG SAMA