Bantu kesan dua pekerja asing

Bantu kesan dua pekerja asing

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Mac – Pasukan Polis Diraja Brunei memohon kerjasama dan bantuan orang ramai untuk mengesan dua orang pekerja lelaki warga Bangladesh yang lari daripada majikan.

Menurut kenyataan Pasukan Polis Diraja Brunei, hari ini, laporan mengenai Hafaj Mohammad Alim, 33, yang memegang pasport bernombor AE 084509 telah dibuat di Balai Polis Sungai Liang, manakala itu, laporan mengenai Md Sujon Molla, 24, dengan pasport BB 0187471 telah dibuat di Balai Polis Sengkurong.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kedua-dua lelaki berkenaan diminta menghubungi pegawai menguasa Balai Polis Sungai Liang di talian 3230250 atau pegawai menguasa Balai Polis Sengkurong di talian 2661334 dan Hotline 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

Hafaj Mohammad Alim.
Hafaj Mohammad Alim.
Md Sujon Molla.
Md Sujon Molla.

ARTIKEL YANG SAMA