Bantu kesan lelaki ini

Bantu kesan lelaki ini

pg06_150605_c

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Jun – Pasukan Polis Diraja Brunei memohon kerjasama dan bantuan orang ramai untuk mengesan seorang pekerja lelaki warga Indonesia yang lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, hari ini, laporan mengenai Ayo Sugianto Oca, 33 tahun, yang memegang pasport bernombor A9332914 dengan kad pengenalan 51-360264, telah dibuat di Balai Polis Tutong.

Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai lelaki berkenaan supaya menghubungi terus pegawai penguasa Balai Polis Tutong di talian 4221206 atau hotline 993 atau mana-mana balai polis berdekatan.

ARTIKEL YANG SAMA