Bantu kesan lelaki ini

Bantu kesan lelaki ini

pg06_150622_b

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Jun – Pasukan Polis Diraja Brunei memohon kerjasama dan bantuan orang ramai untuk mengesan seorang pekerja warga Indonesia yang lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, laporan mengenai Akhmad Syarifudin (gambar), 36, yang memegang pasport bernombor AM913712 telah dibuat pada telah dibuat pada 8 Jun 2015 di Balai Polis Muara.

Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai lelaki berkenaan bolehlah menghubungi Pegawai Menguasa Balai Polis Muara di talian 2772253 atau talian Hotline 993, atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

ARTIKEL YANG SAMA