Bantu kesan lelaki ini

Bantu kesan lelaki ini

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Ogos – Pasukan Polis Diraja Brunei memohon kerjasama dan bantuan orang ramai untuk mengesan seorang pekerja lelaki warga Bangladesh yang lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, hari ini, laporan mengenai Moniruzzamman Monir A.Razzak (gambar), 34 tahun, yang memegang pasport bernombor B0691640 dan merupakan seorang pemandu Syarikat Mashor Shd Bhd di Seria, telah dibuat di Balai Polis Tutong.

Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai lelaki berkenaan supaya menghubungi terus Pegawai Penguasa Balai Polis Tutong di talian 4221206 atau hotline 993 atau mana-mana balai polis berdekatan.

pg06_150819_a

ARTIKEL YANG SAMA