Bantu kesan Nuaf

Bantu kesan Nuaf

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Ogos – Pasukan Polis Diraja Brunei meminta kerjasama dan bantuan orang ramai untuk mengesan seorang pekerja lelaki warga Indonesia yang lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, hari ini, laporan mengenai Nuaf bin Faizin Muhradi (gambar), 27 tahun, yang memegang pasport bernombor AT 351495, telah dibuat di Balai Polis Pusat, Bandar Seri Begawan, pada 29 Julai lalu.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai lelaki berkenaan supaya menghubungi terus Pegawai Jenayah Daerah Polis Brunei di talian 2242334 sambungan 132, 148, 142 atau hotline 993 atau mana-mana balai polis berdekatan.

pg06_150820_a

ARTIKEL YANG SAMA