Bantu kesan pekerja lari

Bantu kesan pekerja lari

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Ogos – Pasukan Polis Diraja Brunei meminta kerjasama dan bantuan orang ramai untuk mengesan tiga orang pekerja warga asing, dua lelaki dan seorang perempuan, yang lari daripada majikan dan sehingga kini belum balik.

Pekerja-pekerja asing berkenaan ialah dua orang warga Indonesia, seorang lelaki dan seorang perempuan iaitu, Uli, 32, yang memegang pasport bernombor B3021210 dan Ass Ariska, 31, dengan pasport bernombor B3020281, yang mana alamat terakhir kedua-dua mereka adalah Lot 7867, Simpang 106-27-4, RPN Kampung Pandan B, Kuala Belait.

Pasukan Polis Diraja Brunei dalam kenyataannya menyatakan bahawa laporan mengenai kedua-dua mereka telah dibuat di Balai Polis Kuala Belait.

(Dari kiri) Uli, Ass Ariska dan Nguyen Ngoc Anh yang dilaporkan lari daripada majikan.
(Dari kiri) Uli, Ass Ariska dan Nguyen Ngoc Anh yang dilaporkan lari daripada majikan.

Sementara itu, seorang lagi pekerja berkenaan ialah lelaki warga Vietnam, Nguyen Ngoc Anh, 21, yang mempunyai pasport bernombor B8069378 dengan alamat terakhirnya di penginapan pekerja Kampung Serusop dan laporan mengenai lelaki tersebut telah dibuat di Balai Polis Berakas.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenainya boleh menghubungi Balai Polis Belait melalui talian 3334324 dan Balai polis Berakas di talian 2330412, atau talian hotline 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

ARTIKEL YANG SAMA