Bantu kesan pekerja lari

Bantu kesan pekerja lari

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Ogos – Pasukan Polis Diraja Brunei meminta kerjasama dan bantuan orang ramai untuk mengesan seorang pekerja warga asing yang lari dari majikan dan sehingga kini belum balik.

Pekerja warga asing yang bekerja sebagai amah itu ialah perempuan warga Indonesia bernama Neneng binti Idi Suardi, 45, yang memegang pasport bernombor B 1816361 yang mana alamat terakhir beliau adalah di No. 172-S, Kampung Saba Darat ‘B’, Bandar Seri Begawan.

Pasukan Polis Diraja Brunei dalam kenyataannya menyatakan bahawa laporan mengenai pekerja asing itu telah dibuat di Balai Polis Kampong Ayer.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenainya boleh menghubungi Balai Polis Kampong Ayer melalui talian 2201650 dan Hotline 993 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Neneng yang dilaporkan lari daripada majikannya.
Neneng yang dilaporkan lari daripada majikannya.

ARTIKEL YANG SAMA