Bantu kesan remaja lari

Bantu kesan remaja lari

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Mei – Pasukan Polis Diraja Brunei memohon bantuan dan kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan warga tempatan berusia 14 tahun yang keluar dari rumah dan sehingga hari ini belum lagi pulang.

Laporan mengenai kehilangan Dayang Nuur Mas Izzatul Wakelah binti Mohd Sarifulrizal (gambar) yang beralamat di No. 31-C Kampung Sungai Kebun telah dibuat di Balai Polis Kampung Ayer pada 7 Mei lalu.

pg02_160512_b

Menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Dayang Nuur Mas Izzatul Wakelah, pemegang kad pengenalan bernombor 01-123979 mempunyai bentuk badan yang kurus dan berambut pendek paras bahu.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai remaja berkenaan  supaya dapat berhubung terus ke Balai Polis Pusat BSB atau talian telefon 2202114 dan Hotline 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

ARTIKEL YANG SAMA