Bantu kesan remaja perempuan

Bantu kesan remaja perempuan

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Julai – Pasukan Polis Diraja Brunei memohon kerjasama dan bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang sejak 6 Julai lalu.

Laporan mengenai kehilangan Erna Nur Syafina binti Myjapra (gambar bawah), 17, kini disiasat di bawah siasatan Balai Polis Berakas.

Beliau yang mempunyai ketinggian 4 kaki 11 inci kali terakhir dilihat di Pusat Membeli-belah Airport Mall, Kampung Jaya Setia, Berakas, kira-kira jam 1 petang pada 4 Julai lalu menggunakan pakaian shawl warna kelabu, Kardigan warna putih dengan pakaian lapis warna hitam, seluar jean berwarna hitam, kasut sukan warna ungu dan beg sling ‘Nike’ berwarna hitam.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai remaja berkenaan supaya dapat menghubungi pegawai penyiasat di Balai Polis Berakas di talian 2330410 atau Hotline 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

p05-1_20160709

ARTIKEL YANG SAMA