Bantu kesan seorang remaja

Bantu kesan seorang remaja

pg06_160329_a

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Mac – Pasukan Polis Diraja Brunei memohon kerjasama dan bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja lelaki tempatan berusia 18 tahun yang dikehendaki bagi membantu siasatan.

Menurut Pasukan Polis Diraja Brunei, dalam kenyataannya hari ini, Mat Sukarin bin Mohamad (gambar) yang memegang kad pintar kuning bernombor 01-095738 dikehendaki bagi membantu siasatan mengenai aduan yang dibuat di Unit Siasatan Jenayah Penderaan Wanita dan Kanak-kanak, Jabatan Siasatan Jenayah.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai remaja berkenaan bolehlah menghubungi Unit Siasatan Jenayah Penderaan Wanita dan Kanak-Kanak, Jabatan Siasatan Jenayah di talian 2232001 – 007 sambungan 210/212/215 pada waktu pejabat dan talian hotline 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

ARTIKEL YANG SAMA