Bantu kesan wanita lari daripada majikan

Bantu kesan wanita lari daripada majikan

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Okt – Pasukan Polis Diraja Brunei memohon kerjasama dan bantuan orang ramai untuk mengesan seorang warga Indonesia bernama Mirna Wijayanti (gambar) yang didapati lari daripada majikan.

Menurut kenyataan di sini, alamat terakhir wanita berusia 28 tahun itu, di No.58 Simpang 139, Jalan Subok, Bandar Seri Begawan dan memegang kad pengenalan bernombor AT 304609.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai wanita berkenaan bolehlah menghubungi Balai Polis Pusat, Bandar Seri Begawan melalui talian 2242334, Hot Line 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

ARTIKEL YANG SAMA