Bantu kesan warga emas

Bantu kesan warga emas

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 April – Pasukan Polis Diraja Brunei memohon kerjasama dan bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki tempatan warga emas yang dilaporkan hilang dan sehingga hari ini belum pulang ke rumah.

Laporan mengenai kehilangan Haji Awang Abd Talip bin Tamin (gambar), 66, yang beralamat di No. 2325 Kampung Junjongan, BH 2123, Negara Brunei Darussalam telah dibuat di Balai Polis Limau Manis.

Beliau mempunyai ketinggian 5 kaki dan 4 inci dengan bentuk badan sederhana kurus dan kali terakhir dilihat memakai baju berlengan panjang kekuningan, berseluar panjang dan memakai kasut but berwarna kuning.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai warga emas berkenaan supaya dapat berhubung terus ke balai polis berkenaan atau Hotline 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

p03-1_20160428

ARTIKEL YANG SAMA