Bantu kumpul bekalan darah

Bantu kumpul bekalan darah

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Jan – Orang ramai dialu-alukan menyertai kempen menderma darah pada Sabtu ini, bertempat di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas, di mana berlangsungnya Pesta Pengguna ke-17.

Kementerian Kesihatan dalam kenyataannya hari ini berkata, ia bertujuan untuk meningkatkan stok darah bagi kegunaan pesakit-pesakit di samping menggalakkan orang ramai untuk menderma darah secara tetap.

Oleh itu, orang ramai adalah dialu-alukan untuk menderma darah semasa kempen tersebut yang bermula jam 10 pagi hingga 3 petang.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Pendermaan Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha di talian 2242424 ext 5745.

ARTIKEL YANG SAMA