Bantu mangsa kebakaran

Bantu mangsa kebakaran

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Sept – Bagi menguatkan lagi azam untuk belajar bersungguh-sungguh di sebalik musibah yang menimpa, Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Sekolah-Sekolah, telah menghulurkan bantuan kepada pelajar-pelajar yang menjadi mangsa kebakaran di Kampung Sungai Teraban.

Penyampaian sumbangan kepada lima beradik yang bersekolah di Sekolah Rendah (SR) Sungai Teraban, Kuala Belait, telah disempurnakan oleh Penolong Pengarah / Ketua Bahagian Pentadbiran, Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan, Haji Mohamad bin Rajap, di majlis yang berlangsung di sekolah berkenaan, kelmarin.

Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan, bantuan yang dihulurkan berupa peralatan persekolahan, pakaian sekolah serta peralatan kebersihan diri.

Pelajar yang menerima sumbangan bergambar ramai bersama kakitangan SR Sungai Teraban.
Pelajar yang menerima sumbangan bergambar ramai bersama kakitangan SR Sungai Teraban.

Turut hadir ialah ibu kepada pelajar-pelajar berkenaan, Dayang Siti Mariam binti Mohammad, Ketua Kluster 6, Dayang Noor Asurah binti Haji Meludin, pegawai-pegawai dari Jabatan Sekolah-Sekolah dan guru-guru dari SR Sungai Teraban.

Bantuan yang dihulurkan itu juga akan memberi makna kepada pelajar-pelajar berkenaan yang mana rumah yang mereka diami mengalami kebakaran pada 14 Ogos lalu.

ARTIKEL YANG SAMA