Bantu mereka yang memerlukan

Bantu mereka yang memerlukan

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Okt – Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) hari ini mengadakan Kempen Kesihatan dan Derma Darah sempena Sambutan Memperingati Hari Ulang Tahun ke-46 Penukaran Nama Bandar Seri Begawan.

Kempen yang berlangsung di Dewan Serba Guna Depot, jabatan berkenaan di Kampung Belimbing, Subok itu disertai lebih 30 orang penderma terdiri dari warga jabatan dan orang ramai.

Kempen ini juga diadakan untuk memberi sokongan kepada masyarakat dalam menyumbang dan menambah simpanan stok darah di Hospital RIPAS selain inisiatif warga jabatan itu melibatkan penyertaan orang ramai untuk beramal membantu mereka yang memerlukan.

Kempen tersebut turut dihadiri oleh Pemangku Pengerusi Lembaga Bandaran Bandar Seri Begawan, Haji Ali bin Matyassin.

Warga Jabatan Bandaran dan orang ramai yang tampil untuk mendermakan darah.
Warga Jabatan Bandaran dan orang ramai yang tampil untuk mendermakan darah.

Seorang penderma, Awang Hamdan bin Mansor yang juga penduduk kampung berkenaan melahirkan rasa gembira kerana dapat tampil menderma darah buat kali ke-36 sejak berusia 18 tahun.

Beliau berharap agar golongan belia menjadikan aktiviti menderma darah sebagai amalan kebajikan kerana ia bukan sahaja membantu mereka yang memerlukan pada saat kecemasan tetapi secara tidak langsung membantu diri ke arah kehidupan sihat.

Bagi Dayang Rusni bin Haji Safar pula, walaupun menderma darah buat kali pertama, tetapi beliau berhasrat untuk menjadikan penderma tetap pada masa akan datang kerana menderma darah memberi banyak manfaat kepada kesihatan.

ARTIKEL YANG SAMA