Bantu pengebom, 4 lelaki digantung

Bantu pengebom, 4 lelaki digantung

PESHAWAR, Pakistan, 29 Dis – Pakistan pada hari ini menghukum gantung empat orang lelaki yang telah dijatuhkan oleh mahkamah tentera kerana membantu dalam pengeboman berani mati dan serangan ke atas tentera-tentera,menurut para pegawai.

Pelaksanaan hukuman mati itu dijalankan di sebuah penjara di bandar garison barat laut, Kohat dan mayat-mayat mereka telah diserahkan kepada anggota keluarga, menurut seorang pegawai penjara yang memberitahu AFP.

Seorang pegawai kanan keselamatan mengesahkan pelaksanaan hukuman gantung itu dan mendedahkan identiti mereka yang dihukum gantung itu sebagai Noor Saeed, Murad Khan, Inayat Ullah dan Israr Uddin.

‘Tahanan-tahanan ini telah dijatuhi hukuman mati oleh mahkamah tentera atas tuduhan membantu dalam pengeboman berani mati, yang mengakibatkan kerosakan pada institusi pendidikan, menyediakan bahan letupan kepada pengebom berani mati, menyediakan kenderaan kepada para pengganas dan membunuh kakitangan pasukan bersenjata,’ menurut pegawai itu. – AFP