Bantu pengusaha rumpai laut

Bantu pengusaha rumpai laut

SEMPORNA, 13 Nov – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mahu Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) membantu pengusaha rumpai laut di Semporna untuk memasarkan tumbuhan alga lautan itu.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata perkara itu bagimemastikan pengusaha rumpai laut memperoleh pendapatan yangsetimpal dengan usaha menternak tumbuhan itu.

“Harga rumpai laut ini di sini semakin lama semakin jatuh, tetapi harga pasaran di Kota Kinabalu sangat tinggi walhal rumpai itu diambil di Semporna.

“Oleh itu, saya minta dalam masa enam bulan, FAMA akan bantu secarakhusus pengusaha rumpai laut di Semporna supaya harganya naik kembali,” katanya ketika berucap merasmikan Program Jalinan Tani MOA di sini, hari ini.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Ahmad Shabery berkata, sebelum ini harga rumpai laut kering di Semporna adalah RM2.80 satu kilogram tetapi harga pasaran di Kota Kinabalu adalah RM35 bagi 100 gram.

“Kini harga rumpai laut itu di sini jatuh lagi sehingga kurang RM2,” katanya.

Sehubungan itu, Ahmad Shabery berkata Pejabat FAMA di daerah ini akan dibuka selewat-lewatnya Januari tahun depan bagi membantu menyelesaikan beberapa perkara berkaitan harga dan pemasaran rumpai laut daripada penduduk Semporna.

“Kita berpuas hati dengan pengeluaran dan kualiti hasil seperti rumpai lautcuma kita tidak puas hati dengan harga yang diambil pengilang sebab ituadanya pihak FAMA di sini boleh melihat perkara ini secara khusus,” katanya.

Menurutnya, dengan adanya FAMA di daerah ini, ia membolehkan hasil produk di Semporna dapat dipasarkan ke luar negara dengan harga lebih tinggi.

Semalam, Ahmad Shabery berkata kementeriannya menerusi FAMA akan menaik taraf Medan Gerai Buah-Buahan Segar (GBBS) Sabindo di Tawau dalam tempoh terdekat.

“Naik taraf gerai itu membabitkan 11 usahawan di Tawau, supaya gerai-gerai ini boleh berdaya saing dan dapat memberi daya tarikan baharu kepada penduduk Tawau,” katanya. – Bernama