Bantu pesakit memerlukan darah

Bantu pesakit memerlukan darah

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 13 April – Seramai 26 orang terdiri daripada anggota bomba dan penyelamat, pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan serta masyarakat di Daerah Tutong pagi tadi menyertai kempen derma darah anjuran Cawangan Operasi ‘E’, Daerah Tutong, Jabatan Bomba dan Penyelamat di Balai Bomba Bukit Beruang, Tutong.

Menurut Penyelia Simpanan Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), Haji Matusop bin Haji Daud, pada masa ini mereka memerlukan semua jenis darah dan ianya mesti mencukupi bagi menampung pesakit-pesakit yang memerlukan pada bila-bila masa.

“Alhamdulillah, sambutan terhadap kempen derma darah yang dijalankan amat baik dan ini menunjukkan masyarakat Brunei kitani amat prihatin kepada pesakit,” katanya sambil berharap orang ramai akan sentiasa menderma darah walaupun mereka pernah mendermanya iaitu selepas dua bulan menderma, bagi mengisi stok darah agar tidak berkurangan.

Kempen derma darah yang dijalankan di Balai Bomba Bukit Beruang.
Kempen derma darah yang dijalankan di Balai Bomba Bukit Beruang.
Penguasa Kanan Bomba, Awang Tahir menyampaikan sijil penghargaan kepada para penderma darah.
Penguasa Kanan Bomba, Awang Tahir menyampaikan sijil penghargaan kepada para penderma darah.

Kempen Derma Darah yang dijalankan di Balai Bomba Bukit Beruang itu adalah bersempena Sambutan Hari Ulang Tahun Penubuhan Jabatan Bomba dan Penyelamat ke-56 tahun dan bertujuan membantu Unit Tabung Simpanan Darah Negara dan menggumpul darah yang diperlukan bagi menyelamat nyawa yang mendapat kemalangan serta menghulurkan bantuan kepada pesakit yang memerlukan.

Para penderma darah hari ini turut diberikan sijil penghargaan yang disampaikan oleh Pegawai Pemerintah Operasi E, Bomba Daerah Tutong, Penguasa Kanan Bomba Tahir bin Haji Muktal.

ARTIKEL YANG SAMA